Wednesday, July 28, 2010

SEJARAH

Pada tahun 1981, sekolah ini telah mula dibuka tetapi menggunakan bangunan rumah kakitangangan felda yang masih kosong.


Pada tahun 1983, pihak pentadbiran felda telah memberikan sejumlah peruntukan untuk membina sebuah bangunan sekolah yang lebih selesa.
Bangunan yang dibina hanya terhad kepada sebuah bilik guru, 2 buah kelas dan sebuah tandas sahaja.


Memandangkan murid-murid yang semakin bertambah, pihak felda sekali lagi telah memberikan sejumlah peruntukan untuk menambah sebuah lagi bangunan untuk menjadikan sistem pembelajaran yang lebih teratur.


Sehingga kini, sekolah ini hanya kekal dengan 2 buah bangunan yang dilengkapi dengan sebuah pejabat dan bilik guru, sebuah musolla, sebuah bilik sumber, sebuah stor, 5 buah kelas, 3 buah bilik air dan pentas.
Namun atas keperihatinan pihak badan kebajikan sekolah juga telah memberikan sejumlah peruntukan untuk membina sebuah kantin dan susur gajah bertangga untuk menghubungkan bangunan A dan B.


Bilangan guru pada tahun 2010 hanya seramai 5 orang dengan kapasiti murid seramai 222 orang. Manakala 2 orang guru mengajar Darjah Khas terdiri daripada Guru Besar dan seorang guru daripada SA Felda Kahang Timur.Usaha peningkatan dalam kurikulum dan ko-kurikulum terus dipupuk di kalangan warga guru, murid-murid, AJK Badan Kebajikan dan ibubapa penduduk Felda Kahang Barat